Enquiry Branches
Kawal Wiramas Security (78158-D)
Since 1981

Top > News & Activities > Bantuan Kepada Staf KWM

News & Activities

Bantuan Kepada Staf KWM

 

Tarikh : 11 Mac 2020

Tempat :  Cawangan Johor Bahru Kawal Wiramas

Lembaga pengarah telah memberi sumbangan dan bantuan kepada staf Kawal Wiramas, Cik Suiziani binti Selamat yang menghidap kanser payudara. Beliau berkhidmat sebagai kerani di Cawangan Johor Bahru

Untuk makluman, Cik Suiziani menghidap penyakit kanser payudara tahap 4 dan sekarang sedang menjalani rawatan kimoterapi cycle ke-2 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Dalam keadaan tidak sihat dan juga perlu kerap menjalani rawatan, beliau juga terpaksa menjaga seorang ibu yang sedang uzur yang menghidapi penyakit urat saraf. Oleh sebab itu, pihak Kawal Wiramas memberi sedikit sumbangan bagi memudahkan dan meringankan beban keluarga Cik Suiziani.

Sumbangan ini disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah iaitu Hjh Hamidah dan Pn Hidayah serta beberapa kakitangan Kawal Wiramas. Pada masa yang sama, semua warga kerja Kawal WIramas turut juga mendoakan semoga kesihatan Cik Suiziani sembuh seperti sediakala. Aamiin (آمين)